You are currently viewing Apa Itu GMP ?

Apa Itu GMP ?

  • Post author:
  • Post category:Info
  • Post comments:0 Comments

Masa saya belajar dulu, saya tertanya-tanya GMP tu apa? Kenapa senior dulu
suruh belajar GMP sebelum keluar universiti? Pasal apa tengok banyak iklan kat
jobstreet banyak company tulis ‘have basic knowledge of GMP’?

Orang kata GMP tu Sistem Jaminan Kualiti Makanan. Tapi sistem apa? Macam
nak kena buat sistem dalam komputer ke? Macam complicated je. Tulah
persoalan persoalan yang bermain dalam kepala saya dulu.

Bukan begitu sebenarnya. Memang tiada kena mengena langsung dengan
sistem komputer ya rakan rakan sekalian.
Bila saya start kerja, baru saya faham GMP tu apa. GMP tu dalam melayu
‘Amalan Pengilangan Yang Baik’.

GMP tu ialah kombinasi kombinasi Standard Operation Procedure (SOP) di
dalam kilang untuk memastikan kilang itu sentiasa bersih dan potensi untuk
pencemaran berlaku adalah tipis.
Maksudnya kalau sesebuah kilang tu ada GMP, kilang itu bukan kilang yang caca
merba. Kilang itu ada SOP, ada standard mereka sendiri untuk memastikan
kilang tersebut hasilkan produk yang bersih dan insyaAllah selamat.

Leave a Reply