Pernah pergi toilet Petronas & toilet kfc tak? Ada perasan rekod pembersihan tandas
dilekatkan di belakang pintu?
Samalah dengan di kilang. Antara elemen GMP yang paling basic ialah kebersihan.
Setiap penjuru, setiap bahagian, setiap ceruk perlu bersih. Bawah tangga, dalam lif,
dalam store, ceiling, pintu, dinding, blkg kilang, persekitaran kilang, entrance kilang,
pendek kata semua dlm kilang perlu ada jdual kebersihan.
So, untuk mematuhi GMP kita perlu ada :
- · SOP pembersihan – Jadual pembersihan, apa yang nak dibersihkan, cara
pembersihan, bila nak dibersihkan & sabun apa yang digunakan. - · Rekod pembersihan – harian
- · Rekod pembersihan – mingguan
- · Rekod pembersihan – bulanan
Sebenarnya, dimana mana pun kita dah applikasikan satu element GMP iaitu cleaning,
even dekat rumah. Bezanya ialah, kalau ada GMP secara tak langsung kita dah ada
clear procedure black n white dan ada proper forms yang semua orang mesti follow.
Dan juga bila ada GMP, ada pemantauan yang dibuat untuk periksa tahap kebersihan
sesebuah premis. Kalau tempat yang tiada GMP, mungkin cleaning ada buat tapi tiada
rekod.
Jadi, kalau tiba tiba ada orang complaint, orang di dalam premis tu sendiri tak boleh
nak siasat dan tak sure siapa yang bertanggungjawab untuk complaint tersebut.