Kursus Latihan Pengendali Makanan

Nyahbeku Dengan Rendam Makanan Dalam Air?

Nyahbeku Dengan Rendam Makanan Dalam Air?

Menurut Kementerian Kesihatan, terdapat 3 cara yang betul untuk menyahbeku makanan
iaitu :

 Letak makanan dalam peti sejuk
 Letak makanan dalam bekas dan gunakan air mengalir untuk nyahbeku
 Letakkan dalam microwave guna defrost method

Antara 3 cara diatas, semestinya rendam makanan dalam air tiada dalam option kan.
Pembiakan bakteria sangat cepat pada suhu bilik, apabila air bertakung, bakteria akan hidup bergembira dan membiak dengan jayanya , seterusnya menyebabkan makanan kita tak selamat. Jika kita letakkan makanan dibawah air mengalir, sekurang kurangnya bakteria
tidak bertakung disitu dan kita dapat mengurangkan potensi makanan tercemar.

*semua makanan sebelum nyahbeku mesti bertutup ya, sama ada dalam plastik/bekas. Ini
untuk elakkan bakteria daripada persekitaran mencemar makanan kita dan untuk elak
makanan kita mencemarkan tempat/makanan lain yang berdekatan.

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart